Sajakiri Music
Mahakarya Dalam Pembikinan
Pages
Inilah Peluang Anda!
- Menjadi Penyanyi?
Segala-galanya bermula jika anda punyai lagu sendiri.
- Merebut Peluang Perniagaan?
Anda punyai artis di bawah naungan anda? Anda ingin mendapat keuntungan dari persembahan, CRT(Caller RingTone), atau royalti?
- Menghadiahkan Lagu?
Anda ingin menghadiahkan lagu kepada yang tersayang?
- Menulis iklan
Anda mencari lagu segar untuk jingles anda?
- Menerbitkan lagu sendiri
Anda komposer bebas yang inginkan lagu anda digubah dan diterbitkan?
Apa itu SajaKiri?
Salam semua. Terimakasih kerana sudi meluangkan masa menjenguk Page ini.
Sajakiri adalah projek muzik yang diasaskan oleh saya, Zainal Zulia, pencipta lagu bebas, pada awal 2010. Pada mulanya, Sajakiri hanyalah medium untuk saya berkongsi lagu-lagu ciptaan di Internet dengan kawan-kawannya (satu lagu baru setiap tengah bulan). Tapi memandangkan sambutan menggalakkan dari FB Fan Page Sajakiri, mula timbul idea untuk mengambil serius tentang projek ini.
Saya akan terus menerbitkan Satu Lagu setiap bulan untuk diperdengarkan dan menerima feedback. Dari situ kami akan dapat menilai kekuatan lagu tersebut serta potensinya. Saya attachkan video sebagai penyeri.
Dengan Fans SajaKiri berjumlah 3000++ telah menyemarakkan lagi semangat saya untuk membuat lebih baik. Dalam masa yang sama saya akan terus berekperimen dengan mengeluarkan lagu-lagu pelbagai genre.
Kini SajaKiri Music melangkah setapak lagi menjadi Music Production Company.
Perkhidmatan yang ditawarkan adalah mencipta, gubahan dan penerbitan lagu.
(Song composition, arrangement & production)
Trivia : Sajakiri adalah terdiri dari 2 perkataan ; Sajak + Kiri. Sajak bermaksud seni, manakala Kiri bermaksud ‘hasil kerja saya’ kerna saya seorang kidal.
Kepakaran Saya
Saya, Zainal Zulia, adalah komposer bebas yang telah mencipta beratus lagu. Kepakaran saya adalah :
- mencipta lagu dengan spontan
- mencipta lagu yang catchy
- berkebolehan dalam menggubah (arrange) lagu
- berkebolehan mencipta lagu pelbagai genre
- memahami kehendak client dan membuat lagu custom
- Genre pilihan : ROCK & BALLAD!
Pencapaian Kami dan Testimonial (sehingga kini)
- Intan Sarafina (Penyanyi terkenal)
Artis rakaman ini pernah terbit dengan 2 buah album, iaitu Kembali (2000) dan Dua (2002) dan pernah menyertai Program "One in a Million" (2008). Insyallah single terbaru beliau "Syorgaku" akan kedengaran di corong-corong radio pada tahun ini.
"Single Kaulah Syurgaku, hasil ciptaan komposer baru yang dikenali sebagai Zainal Zulia sudah saya rakam sebelum melahirkan anak lagi. Justeru, sayang jika ia tidak diketengahkan dan saya merancang untuk menyanyi semula pada 2011."
“Saya mahu menyanyi lagi kerana minat pada bidang ini dan melepaskan rindu kerana sudah lama menyepi. Lagipun, saya ada bakat menyanyi dan apa salahnya mencuba sekali lagi. Bahkan, saya memilih untuk bekerjasama dengan komposer baru seperti Zainal Zulia kerana mahu cuba kelainan."
“Bagi saya, komposer baru tempatan harus diberi peluang oleh penyanyi kita untuk mengetengahkan karya dan bakat penciptaan lagu mereka. Malah, tidak semestinya orang baru maka hasilnya kurang bagus. “Pada saya, jalinan kerjasama dengan Zainal Zulia kerana MINAT pada lagu dihasilkannya. Pada kemunculan baru nanti, saya mengetengahkan muzik pop dan jazz. Saya harap ia dapat diterima peminat,”
Petikan dari "Intan Sarafina aktif semula" Harian Metro, Sept 29 2010
- Rosli Ahmad (Komposer Otai)
Komposer ini berkelulusan Ijazah Muzik dari Indiana State University, Amerika Syarikat dan pernah memjuarai beberapa Pertandingan Mencipta Lagu Peringkat Kebangsaan . Beliau juga telah menerbitkan kira-kira 100 buah lagu. Diantara artis rakamannya adalah Roy, Joey(BPR), Aris Ariwatan dan Rahmat (Ekamatra).
"aku dengar,tengok,perhati : konklusiku: kamu art people sejati...harap usaha murni kamu diberkati terosss....suka kalau dapat kolaborasi dengan kamu in the name of art...Anugerah Rahmat Terindah..."
"Besh sajakiri....wibawa karisma seorang komposer ternama memang telah ada ketokohannya bro Zainal Zulia...aku doa agar kau terus maju...dan harap kau akan jadi padi yg masak ranum menguning namun masih hensem tika merunduk ke bumi..."
".alhamdulillah muzik kau memang selalu sihat segar & terbaik...bangga jadi kawan kau...teruskan...just remember to prioritize things in making music...Kayuh agi....Maju terossss"
"Luhur ikhlas...simple yet touch the heart...itulah kekuatan lagu yg kau hasilkan...congratss zainal...proud to be your friend.."
*Dipetik dari komen-komen di Facebook
Faedah Anda apabila bekerja dengan SajaKiri
- Kami mementing kualiti bukan kuantiti. Kami akan memilih projek yang benar-benar dibawah kepakaran kami sahaja.
- Kami sangat fokus. Kami mempunyai team yang kecil tapi berpengalaman.
- Kami hanya menghadkan 5 projek pada satu-satu masa. Ini kerana kami ingin memastikan kepuasan anda dengan fokus kepada anda.
- Tiada 'obligation' sehinggalah anda berpuas hati dengan demo kami.
- Kami menyediakan 'prasarana' yang terbaik untuk anda : pemuzik, studio dan juga penyanyi!
Prospek Kami
- Penyanyi
Tidak kiralah penyanyi baru atau lama, ternama atau tidak, yang penting berbakat dan punya kesungguhan untuk berjaya dan punyai lagu sendiri.
- Penerbit
enerbit yang sedang mencari lagu untuk produksi mereka. Contoh produksi mereka:
- menerbitkan album
- menerbitkan filem (lagu runut bunyi)
- menerbitkan iklan (lagu jingles)
Sekiranya anda ingin 'menghadiahkan' lagu kepada sesiapa saja yang disayangi (kami akan menyediakan pemuzik & penyanyi). Contoh
- lagu tema perkahwinan
- lagu tema ulangtahun (harijadi, perkahwinan, dll)
- untuk apa saja tujuan (memujuk, mengambil/mencuri hati,dll)
Tawaran SajaKiri
a) penciptaan lagu (song composition)
b) penggubahan lagu (song arrangement)
c) penerbitan lagu (song production)
Bagaimana kami bekerja
Huraian : -
Anda mempunyai 2 pilihan di sini, samada ;
i) pilih lagu sedia ada di SajaKiri Song Library, atau
ii) request lagu baru.
Saya secara personal akan bertemu dengan anda untuk 'menyelami' jiwa anda untuk memahami kehendak seni anda ; genre pilihan, pengaruh (influence), stail dan sedikit sebanyak tentang sejarah dan personaliti anda.
Dari sini, saya akan buat lagu lakaran kasar (demo).
Dengar sampel di sini :
Setelah anda bersetuju, barulah bayaran 50% pertama dilakukan diperingkat ini.
p/s : lirik akan ditulis pada peringkat ini. Anda boleh menyalurkan idea, ataupun serahkan saja pada kami.
Ini untuk :-
- pencipta lagu yang mahu lagunya digubah
- lagu lama yang mahu diberi nafas baru
- gubahan lagu diatas
Saya akan 'mengisi' lagu itu dengan instrument gitar solo, bass, drum, string, piano dan lain-lain. Dari sini kita akan menilai bagaimana bentuk lagu itu sebelum dirakam di studio rakaman.
Dari sini juga kita akan membuat plan 'siapa' yang akan
- menyanyi
- bermain instrument
Sila dengar sample di sini :
c) penerbitan lagu (song production)
Ini membabitkan proses rakaman muzik di dalam studio. Antara studio panel kami adalah:
- Studio 2105
- Studio RafiKonsep
- Studio Ark
Semuanya terletak di Taman Tun Dr Ismail (KL).
Berpandukan gubahan lagu tadi, instrument dan vokal akan dirakam (maksimum 12 jam) oleh pemuzik & penyanyi dan dibantu jurutera-jurutera bunyi yang berpengalaman, JD, Keith atau Rafik.
Sesudah dirakam, lagu tersebut akan diadun (mixing) oleh mereka untuk mendapat 'sebatian' bunyi yang terbaik. Sesudah itu, kami akan beri anda CD dan terpulang pada anda bagaimana untuk memasarkan produk ini.
Dengar dan lihatlah hasil akhir :
*Penampilan kami di MHI TV3 pada 13 Oktober 2010
p/s : Kami TIDAK menyediakan pelan pemasaran (marketing plan) . Walaubagaimanapun, kami mengalu-alukan pihak yang berminat untuk membantu kami dalam menyediakan Pakej Pelan Pemasaran.
Studio Panel
Studio 2105 (TTDI)
- Jurutera Bunyi adalah JD dari kumpulan tersohor, Pop Shuvit.
- JD juga adalah Pemenang untuk AIM dalam kategori "Best Engineered Album" pada 2008, dan tercalon dalam kategori yang sama pada 2007 & 2006.
- Berpengalaman merakam bersama lebih 100 buah band.
- Antara artis yang diterbitkan Bunkface, Estranged, Hujan dll.
- Genre : Rock
Studio RafiKonsep
- Dijureterakan oleh Rafik, seorang pakar dalam music programming
- Rafik seorang pemain piano/keybord yang versatil, boleh bemain jazz.
- Sudah berpengalaman lebih 15 tahun.
- Antara artis yang pernah bekerja dengannya : One Nation Emcess, Caprice, Imran Ajmain, dll.
- Genre : R&B, Jazz, Hip Hop
* Studio bergantung kepada 'availability' dan kesesuaian projek
Team Sajakiri
- Zainal Zulia (Komposer & Arenjer Utama, Gitaris dan Keybordist)
Berpengalaman bermain muzik 20 tahun. Pakar dalam penciptaan lagu. Sudah mencipta berpuluh-puluh lagu.
- Azhar Imran (Bassist)
Kini bermain bass di kelab. Pernah bermain bersama band Hujan & Estranged. Punyai studio sendiri, Just Jam, di SS14 Petaling Jaya.
- Mior (dram)
Pemain dram yang berpengalaman. Seorang 'drum technician' untuk pemain dram tersohor negara, Ujang Exist.
- Rafik (Piano, Keybord & Arenjer)
Pemain piano jazz berbakat. Juga punyai studio rakaman sendiri Rafikonsep di TTDI. Juga boleh bertindak sebagai arenjer, khusus untuk lagu-lagu berentak R&B dan Jazz.
- Muhsin (vokal lelaki)
Baru berusia 18 tahun tapi punya suara yang matang. Boleh menyanyikan lagu pelbagai genre, baik balada, pop rock, r&b dan juga metal.
- Tyra Rhams (vokal perempuan)
Kakak kepada Muhsin. Punyai suara yang lunak.
Lagi Testimonial
- Pacai (bekas bassist Ekamatra dan Juri AJL 25)- komen pada lagu Pelangi
"Composition much appreciated!"
- JD (Pemenang AIM dan anggota Pop Shuvit) - komen pada lagu Reput
"Interesting arrangement and instrumentation you got going on there.... Unique, creative :)."
- Aidit Alfian (Komposer terkenal dan Pemenang AJL 18) komen pada lagu Mantra Buana
"Zainal Zulia, lagu awk menarik. Sy suka. Cuma performance dlm recording tu bleh DIBAGUSKN lagi. (contoh, expression nyanyian. )"
- Nurfadhilah Bt Husin (pendengar) - komen pada lagu Darah
"lirik yg motivate diri...saya setuju dengan lirik dan lagu...at least boleh kasi gegar kat semua yang berdarah muda...bangkitlahhhhh!!!!"
- Nur Faeza Mahamud (pendengar) - komen pada lagu Tidurku Lena
"best mendayu-dayu, relaxing song.boleh dengar sebelum tidur :D tidur nanti mesti lena..besama mimpi-mimpi indah."
- Bashirah Arifin (pendengar) - komen pada lagu Pelangi
" wow best la... and i can feel the climax part part akhir macam u were really happy ... camne nak explain arrr? macam dia naik naik naikkk heheh u understand la kot..."
Pendengar Kami
- Pada setakat hari ini (12 Jan 2011), kami telah mempunyai seramai 3,451 Fans.
- Purata pendengar media kami ialah 150 orang sehari (max : 370, min : 40), dan terus meningkat.
- Jumlah pendengar media kami adalah 4,500 hits dalam masa sebulan (11 Dis-11 Jan)
- Ini membuktikan Fan Page kami boleh dijadikan medium untuk 'test market'.
- Dan juga 'feedback' yang memberansangkan dari Fans kami, purata 45 komen dan 40 Likes pada satu video.
Book Kami Segera
- Setkan appointment bersama kami. Tiada oblogation pada perjumpaan pertama.
- Saya akan cuba memahami kehendak anda pada perjumpaan itu.
- Selepas itu saya akan menyiapkan demo (secara percuma) dan sebut harga (quotation).
- Tiada obligation sehinggalah anda berpuas hati dengan demo dan quotation tersebut (tiada risiko di sini).
- Baru lah Instalment Pertama (50% dari harga Projek) di deposit di peringkat ini. Pada masa yang sama saya akan 'book' studio rakaman.
- Sehingga selesai rakaman dan adunan (mixing) (dan hingga anda berpuas hati), baru lah Instalment Kedua (50% kedua) di depositkan kepada kami.
- Saya akan bagi 2 keping CD (minimum) (audio dalam bentuk wav file) sebagai final copy.
Subscribe to:
Posts (Atom)