Bagaimana kami bekerja




Huraian : -

a) Penciptaan Lagu (song composition)

Anda mempunyai 2 pilihan di sini, samada ;
i) pilih lagu sedia ada di SajaKiri Song Library, atau
ii) request lagu baru.

Saya secara personal akan bertemu dengan anda untuk 'menyelami' jiwa anda untuk memahami kehendak seni anda ; genre pilihan, pengaruh (influence), stail dan sedikit sebanyak tentang sejarah dan personaliti anda.

Dari sini, saya akan buat lagu lakaran kasar (demo).

Dengar sampel di sini :

Setelah anda bersetuju, barulah bayaran 50% pertama dilakukan diperingkat ini.

p/s : lirik akan ditulis pada peringkat ini. Anda boleh menyalurkan idea, ataupun serahkan saja pada kami.





b) penggubahan lagu (song arrangement).
Ini untuk :-
  • pencipta lagu yang mahu lagunya digubah
  • lagu lama yang mahu diberi nafas baru
  • gubahan lagu diatas
Saya akan 'mengisi' lagu itu dengan instrument gitar solo, bass, drum, string, piano dan lain-lain. Dari sini kita akan menilai bagaimana bentuk lagu itu sebelum dirakam di studio rakaman.

Dari sini juga kita akan membuat plan 'siapa' yang akan
  • menyanyi
  • bermain instrument
Sila dengar sample di sini :





c) penerbitan lagu (song production)

Ini membabitkan proses rakaman muzik di dalam studio. Antara studio panel kami adalah:
  • Studio 2105
  • Studio RafiKonsep
  • Studio Ark
Semuanya terletak di Taman Tun Dr Ismail (KL).

Berpandukan gubahan lagu tadi, instrument dan vokal akan dirakam (maksimum 12 jam) oleh pemuzik & penyanyi dan dibantu jurutera-jurutera bunyi yang berpengalaman, JD, Keith atau Rafik.

Sesudah dirakam, lagu tersebut akan diadun (mixing) oleh mereka untuk mendapat 'sebatian' bunyi yang terbaik. Sesudah itu, kami akan beri anda CD dan terpulang pada anda bagaimana untuk memasarkan produk ini.

Dengar dan lihatlah hasil akhir :




*Penampilan kami di MHI TV3 pada 13 Oktober 2010


p/s : Kami TIDAK menyediakan pelan pemasaran (marketing plan) . Walaubagaimanapun, kami mengalu-alukan pihak yang berminat untuk membantu kami dalam menyediakan Pakej Pelan Pemasaran.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive